Apa kes ? Kes apa ? Kes orang kena kerat 6. Amboi, violentnya. Dia nak jadi macam kes Mona Fendi dulu ke ? Gila grindcore. Dasyat betul manusia sekarang ni. Membunuh tanpa rasa takut kepada keadilan. Oh Dunia.
Sedutan dari Metro.
JOHOR BAHRU: “Jantung saya bagaikan tercabut apabila menemui bungkusan plastik hitam berisi kepala manusia,” kata pekerja syarikat kontraktor mengangkut sampah yang tidak menyangka rutin mengasingkan bahan buangan sejak beberapa tahun membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki bogel dikerat enam.
Lelaki belum dikenal pasti identitinya yang diceraikan kepala, badan, dua tangan dan dua kaki sebelum disumbat dalam tiga beg plastik sampah, ditemui di pusat pengumpulan sampah di Jalan Bakti, Kawasan Perindustrian Dato’ Onn, Larkin di sini, kira-kira jam 11.50 pagi semalam.
Difahamkan, anggota badan mangsa dicampak ke dalam tong sampah besar di sebuah kompleks beli-belah di Taman Perling di sini, sebelum diangkut ke pusat pengumpulan sampah berkenaan. Pekerja yang mahu dikenali sebagai Kumar, 40-an, berkata mayat itu ditemui ketika dia bersama empat rakan sedang mengasingkan sampah di pusat pengumpulan sampah berkenaan.
Menceritakan pengalaman menakutkan itu, Kumar berkata, dia bertugas seperti biasa ketika membuka timbunan plastik sampah yang dibawa sebuah lori sebelum mendapati sebuah beg plastik mengandungi sesuatu yang keras dan lebih berat berbanding bahan buangan lain.
“Sebaik membuka beg plastik itu, saya nampak seolah-olah kepala patung. Bila diperiksa dengan betul baru saya sedar ia kepala manusia. “Pengalaman pagi tadi (semalam) cukup mengerikan dan mengakibatkan saya trauma kerana tak sangka bungkusan itu mengandungi kepala lelaki berkulit cerah.
“Saya menggigil ketakutan tapi tetap beranikan diri memberitahu pengurus bertugas sebelum pemilik pusat pengumpulan sampah melaporkannya kepada polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata beg plastik mengandungi anggota badan manusia yang dikerat itu diambil daripada tong sampah sebuah pusat beli-belah di Taman Perling, kira-kira jam 11.15 pagi. “Hasil siasatan mendapati 80 peratus daripada tubuh mangsa masih lengkap. Selain kepala, kami menemui baki badan lelaki berkenaan dalam dua lagi beg plastik hitam,” katanya.
Menurutnya, mayat lelaki itu berkemungkinan warga asing berdasarkan keadaan fizikalnya.
Katanya, mayat berkenaan dihantar ke hospital untuk siasatan lanjut dan pihaknya percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke tempat pembuangan sampah di belakang pusat beli-belah berkenaan.
“Siasatan mendapati lelaki terbabit berusia 20-an, berkulit cerah dan mungkin dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.
“Kami masih berusaha mengenal pasti lelaki terbabit kerana tiada sebarang dokumen ditemui di tempat pembuangan sampah berkenaan.
“Kami juga akan menjalankan siasatan lanjut termasuk pergi ke kawasan pembuangan sampah di Perling untuk melihat sama ada terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sekitarnya bagi mengenal pasti identiti mangsa dan penjenayah yang terbabit,” katanya.
Note : Dunia Oh dunia. ada lagi ke manusia macam ni ?
4 comments:
kalau haz jumpa konfem pengsan 4 hari 4 malam
ngerrriiiii
aha, sama lah. memang trauma abes ni.
ha ah..aku pon nek trauma bace
hahaha. baca tak cukup trauma kot. kena tengok ohhh. baru best. hehe.
Post a Comment