Wednesday, June 16, 2010

[Berita] Melahirkan kembar 3 pada umur 66 tahun






INDIA: Seorang wanita berusia 66 tahun, Bhateri Devi akhirnya melahirkan dua bayi lelaki dan seorang perempuan selepas gagal memperoleh zuriat setelah 44 tahun berkahwin.
Suaminya, Deva Singh, 64, gembira kerana Bhateri sudah menunaikan impiannya untuk mendapat anak.

“Bhateri isteri pertama saya dan selepas gagal memberikan zuriat, saya berkahwin lagi tetapi isteri baru saya juga tidak dapat melahirkan anak,” katanya.


Devi dari daerah Madina di Rohtak, utara India menjalani kaedah rawatan IVF di Pusat Kesuburan Kebangsaan di Hisar, klinik yang sama di mana
Rajo Devi Lohan, ibu tertua di dunia melahirkan anak pada usia 70 tahun 18 bulan lalu. “Bhateri gembira menjadi ibu buat kali pertama selepas hamil pada percubaan kali ketiga,” kata Dr Anurag Bishnoi. - Agensi.    via Harian Metro.





**Kalau dah rezeki, memang bertuah. Sekali dapat, kembar 3. Hebat !

3 comments:

Suraya Salleh said...

kalau camni la..lum sempat nk besarkan budak2 tuh..tah hidup lagi ke x..huuu =(

RaafikJahat said...

kalau ada rezaki, dapat la dia tengok anak dia membesar. :)

kata kila said...

comelnya dapat baby twin!