Monday, October 25, 2010

Akil Baligh Seorang Remaja - Info Sihat


Selamat hari Isnin kepada semua yang membaca. Hari ini aku mahu berkongsi bekenaan AKIL BALIGH. Apa yang anda semua faham akan akil baligh ? Mungkin ada sesuatu yang anda tidak tahu pasal akil baligh ni. Disini aku selitkan sedikit info.


Intro


Akil baligh akan dialami apabila anda meningkat dewasa. Akil baligh merupakan tanda keupayaan anda untuk mempunyai anak. Dikenali juga sebagai kematangan seksual.


Definisinya


Akil baligh merupakan satu peringkat dalam hidup anda yang berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks Primer dan Sekunder yang disebabkan bahan kimia yang dipanggil hormon.


Bagi lelaki:-

  • Ciri primer - perubahan pada zakar (penis) dan buah zakar (testis).
  • Ciri sekundar - pertumbuhan misai dan janggut, bulu ketiak dan bulu pada kemaluan serta suara menjadi garau.



Bagi perempuan:-

  • Ciri primer - perubahan pada faraj (vagina) dan ovari.
  • Ciri sekunder - perubahan pada payudara dan punggung membesar.



Bilakah akil baligh berlaku ?


Akil baligh berlaku antara 9-16 tahun. Ada yang mengalami perubahan awal, dan disebabkan oleh:-
nutrisi yang baik, stres atau bahan kimia didalam makanan.


Adakah akil baligh awal satu kebaikan atau sebaliknya ?


Ia bukan satu yang tidak baik, malah tiada apa yang perlu dirisaukan.  Mereka yang mengalami perubahan awal mungkin disebabkan kerana terdedah kepada gejala gejala sosial yang agak awal untuk mereka.


Akil baligh juga boleh menjadi tidak normal.


Akil baligh awal dan lewat.



Diagnosis


Apa yang boleh doktor lakukan ?
Doktor akan mengambil sejarah perubatan anda dan/atau ibu bapa anda.
Pemeriksaan fizikal akan dilakukan. seperti ujian x-ray, ujian darah dan ujian yang berkaitan bagi mencari sebarang sumber.


Rawatan


Bagaimana perubahan boleh dilakukan ?


Terdapat 2 pilihan:-

  • Merawat pesakit dasar/sebenar. (sepeti tumor pada ovari atau otak.)
  • Terapi hormon untuk merawat hormon yang tidak seimbang.



Bagaimana anda boleh kembali normal ?


Rawatan hormon yang khusus bagi kelewatan akil baligh akan ditentukan oleh doktor anda bergantung pada:-

  • Umur/keseluruhan sejarah kesihatan dan perubahan anda.
  • Tahap keadaan pesakit.
  • Pendapat dan kehendak anda.



Keputusan atau kesan.


Pengesanan dan rawatan awal akan meghasilkan keputusan baik.

No comments: