Ada diantara korang pernah dengar ungkapan "Siapa lagi kalau tak sokong bangsa Melayu kalau bukan bangsa Melayu sendiri." Apa yang korang faham dengan ungkapan diatas ? Adakah ianya logik ataupun tidak ? Memanglah kedengaran logik dan ianya adalah fakta yang betul. Tapi apa yang aku nampak sekarang ni, mostly Melayu lah yang menjatuhkan bangsa dia sendiri. Adakah aku bercakap benar ? Oh, aku tipu ke ? Baca ni.
Scene pertama.
Ada satu kedai mamak yang famous di Wangsa Maju terpaksa ditutup kerana orang Melayu kita sendiri. Sampai mengugut owner tersebut supaya tutup bisnes mereka. Apesal doh ? Perlukah begitu ? Biasalah tak boleh tengok orang lain maju, macam tu lah jadinya. Tapi, kedai mamak tersebut pun bukan lah tutup, cuma berpindah ke tempat berhampiran. Ianya benar ye, kerana aku dengar dari sumber sumber yang benar.
Scene kedua.
Kejadian di pinggir Kuala Lumpur. Kawan kepada kawan aku ada buka kedai burger di kawasan situ. Sayangnya, tak sampai beberapa minggu datang lah sekumpulan Melayu menyuruhnya supaya tutup kedai burger dia tu. Jap, apesal ? Oh, dia cakap tu kawasan dia and konon dia dah langgar lah sebab main masuk macam tu. Wah, siap ugut der kalau tak tutup dalam seminggu, habis dia nak pecahkan kedai burger member tu. Kamon la, perlukah sampai macam tu ? Member tu pun malas nak panjangkan cerita, dia tutup lah kedai burger dia. Kesian der, ish ish.
Scene ketiga.
3 tahun lepas aku dan 2 orang kawan aku pernah bekerja disatu kedai makan di Ampang. Ownernya Melayu dan pekerja yang lain mostly orang Indon dan Myanmar. Aku dengan kawan aku ni, nak dikatakan rajin tu tak lah. Tapi memang rajin dari si Indon dan Myanmar tu. Yang tak bestnya, bos aku tu melebihkan diorang. Aik, padahal pemalas nak mampus kot. Dia lagi percayakan bangsa lain yang pemalas tu dari bangsa dia sendiri. Itu yang korang nak cakap "Siapa lagi kalau tak sokong bangsa Melayu kalau bukan bangsa Melayu sendiri." ? Baguslah. Percayakan diorang sampai aku dgn kawan aku ni diberhentikan. Okay fine. Last last kedai dia pun lingkup. Hahaha.
Bukan untuk menjatuhkan Melayu, tapi apa yang aku cuba sampaikan ni adalah satu fakta dan bukan auta. Ada lagi kejadian lain yang tak larat aku nak type. Memang dalam hidupan seharian kita berlaku benda benda macam ni. Maaflah kalau ada pihak yang tersinggung, cuma untuk berkongsi. Apa kata anda ?
2 comments:
tu terang terangan cakap tak suka
yang dok jumpa bomoh buat itu ini...
tak terkira banyaknya
org melayu sndiri nk jatuh orang melayu. melayu mudah lupa.
Post a Comment