Showing posts with label gathering gengblogger. Show all posts
Showing posts with label gathering gengblogger. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

[Review] Gathering GengBlogger 2010

Tiada kaitan dengan entry.


Sorry sebab lambat update entry pasal gath ni. Busy sikit dengan kehidupan yang penoh pancaroba ni. Hehe. Abang Joe kita suruh buat review sikit pasal gath tu, so aku rasa perlu buat la sebab ada benda aku nak cerita. :D


Gathering yang berlangsung pada Sabtu lepas, di Putrajaya Challenge Park. Venue yang agak jauh bagi aku, sebab aku stay kat Gombak. Bukan nak complaint jauh ye, sebab aku tau ada lagi blogger lain yang lagi jauh dari aku. Memandangkan event yang katanya start jam 9.00 pagi, untuk pendaftaran, aku pun bergeraklah dari rumah, dalam jam 8 dan sampai kat Putrajaya jam 9.00 pagi.


Ye, aku rasa aku orang kedua yang sampai selain Azrul, Hazzy dan Joe. Biasalah, janji melayu kan, aku paham. Tapi disebabkan aku tak nak terlambat, aku gerak awal. Kalo aku sampai lambat, then dah ramai orang sampai, semamangnya aku akan jadi tumpuan, (cewahhh). Aku tak suka jadi tumpuan tau. Haha.


Hampir 2 jam menunggu semua blogger tiba, akhirnya start la majlis. Majlis yang dimulakan dengan sesi perkenalan, games / quiz, bergambar, seterusnya makan tengahari yang memang time tu aku tengah lapar tak ingat punya. Hehe. 


Lepas makan pulak, sesi bergambar, sebab semua dah nak balik. Majlis pun nak habis. Eh, camni je aku boleh cerita ? Tak best langsung. Apadahal, biarlah. Kan ? Haha.


Kat sini aku nak minta maaf kat blogger-blogger yang hadir, sebab aku kurang bergaul. Mesti ada yang cakap aku ni pemalu ke ? Sombong tahi ke ? Apa apa la, sebab aku ni memang susah nak interact dengan orang. Memang tak reti nak start perbualan, tak reti nak approach orang. Sorry sangat sangat, kalau korang terasa dengan aku. "___"


Lagi satu, mesti korang ada perasan, yang aku ni berpeluh peluh. Yeah, aku ni memang kuat peluh, mak aku cakap aku ikut arwah abah aku. Tak kesah la, makan dalam tempat sejuk ke, ber air-cond ke, aku tetap akan peluh. Sorry, kalau aku buat korang tak selesa. :(


Oleh itu, tamatlah sesi review aku yang panjang lebar ni. Sorry, sebab tertaip banyak. Hehe. Kat sini aku letak lah, gambar gambar masa gath tu. Ni pun amik kat FB blogger-blogger lain. Dalam phone ada, tapi gambar tak best. Hehe. 


Terima kasih. :)













Aku paling suka gambar ni. Big credit to Azizie. :)


Thanks guys, for make it happen. Hari tu memang best, walaupun aku ni memang tak best. Haha. 

Thursday, July 08, 2010

Gathering GengBlogger - Are you going ?

Yeah, pesta Gathering anjuran GengBlogger pada hari Sabtu ini. Anda pergi ke ? Apa ?! Tak tahu pasal Gath ni ? Tak mengapa, kat sini ada info info berkenaan Gathering tersebut. Tengok dan fahami.


Info diambil dari Blog Joegrimjow.


Aktiviti

Nama : GengBlogger Gathering
Tarikh : 10 July 2010
Tempat : Putrajaya Challenge Park, Presint 5, Putrajaya (Rujuk lampiran 1 untuk peta)
Masa : 9 am hingga 5 pm
Tentatif :
9.00-10.00 am : Pendaftaran peserta
10.00-1.00 pm : Aktiviti luar Blogger
1.00-3.00 pm : Rehat, makan dan solat
3.00-4.00 pm : Perkongsian dari senior blogger
4.00-5.00 pm : Sesi bergambar



Objektif :

  • Mengumpulkan blogger di seluruh Malaysia untuk berkumpul di dalam satu acara
  • Bersosial antara satu sama lain untuk mewujudkan masyarakat blogger sihat
  • Memberi pendedahan tentang kesan baik dan buruk platform blog kepada masyarakat
  • Menyedarkan blogger perihal kepentingan menyampaikan sesuatu informasi dengan tepat kepada masyarakat

Makanan dan minuman juga adalah terhad. Jadi, semua yang hadir dialu-alukan untuk membawa makanan dari rumah (Pot Luck). Kalau masing-masing bawa makanan / minuman, tak ke banyak nanti ? So, semua dapat makan. Betul tak ? Kalau betul, meh kiss sikit. Hahaha.

Bak kata Hazzy, mana anak anak dara yang datang tu, boleh la tunjuk skil memasak kalian tu. Mana tau, ada jejaka yang terpikat.  Para teruna pulak, mana yang pandai masak tu, try la. Mana tau, ada pulak anak dara yang terpikat. Peewit !

Masih tidak faham atau masih ragu ragu ? Pi singgah sat kat blog Abang Joe, banyak info yang lebih detail disana. Oh ya, temanya adalah Unlocking the secret of your childhood memories. So, rahsia masa aku kecil dulu aku nak jadi Batman. Maybe aku akan pakai costume Batman. Haha.