Tuesday, November 30, 2010

Sudut mari mengata



Entry yang agak panjang dan mungkin menyakitkan hati.

Selamat hari Isnin. Esok sudah hari Selasa, lusa dah hari Rabu. Tulat pulak hari Khamis, lepas tu hari Jumaat. Okay, entry kali ni aku nak mengenengahkan berkenaan cara menulis entry, apa yang patut ada kat blog korang tu, dan juga hal-hal lain yang aku tak berapa suka. Sorry ye kalau ada yang terasa, aku terpaksa tulis. Sebab mata aku, telinga aku dah sakit melihat blog-blog yang sekalian rupa.

Cara menulis dalam blog yang betul.
Pernah tak korang nampak, dalam mana-mana blog yang korang pernah singgah segala perkataannya ditaip begini. 
"ak, aq, en, sukew, gilew, gewdik, shumey, comey, dan macam macam lagi."

 Atau yang ini, "nAMe AKu rAAfiK. uMo AKu 23 TaOn. AKu tInGGaL KaRT MiAMi FLoRIdA." 

Mesti pernah baca or nampak kan ? Okay lah. Kalau takat perkataan shumey ke comey ke boleh diterima lagi, kalau penggunaan ayat yang tidak berterusan. Kalau dah selalu sangat, annoying kan ? Lagi satu, apa motif korang buat blog, tapi cara penulisan yang hancus macam ni ? Tak ke susah orang nak baca ? Tu belum ditambah dengan yang berwarna-warni. Sakit mata nak membaca. Ye, aku tau tu blog korang, suka hati korang nak tulis camne kan, tapi jangan la melampau sangat. Biar mesra pembaca sikit.

Widgets.
Ni lagi satu. Kalau boleh, semua widgets korang nak letak kan ? Ye, boleh je nak letak tapi korang kena ingat. Tak semua orang ada internet yang pantas (macam aku ni). So, bila blog korang dah sarat dengan widgets yang tah pape tu, loading time akan ambil masa. Sebab blog korang tu berat sangat. Nak tunggu habis loading satu hal, kang tiba tiba blog tak best. (macam blog aku ni). Cuba limitkan sikit penggunaan widgets. Guna mana yang penting. Bila blog korang ringan, menarik baru best blogger yang lain nak singgah. Kan ?

Lagu/radio.
Okay, ni pasal lagu/radio pulak. Masa aku main Myspace dulu, aku ada letak widget ni kat blog aku. Setiap minggu aku tukar lagu. Oh, tu zaman Myspace, zaman 3,4 tahun lepas. Bagi aku, penggunaan widget lagu/radio ni boleh je letak. Tapi jangan la hiddenkan player tu, biar senang orang nak stop or pause lagu korang tu. Ni tak, masuk masuk je blog tu tiba tiba ada lagu. Melilau mata mencari mana player, tak jumpa. Sudahnya, close window aje lah. Sebab apa ? Kadang kadang mengganggu pembaca. Diorang masuk blog korang tu sebab nak membaca atau mencari info atau pape je la, bukan sebab nak dengar lagu. Ada faham ?

Paku Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Dia Yang Lebih.

Segala apa yang aku tulis ni adalah luahan hati. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Yeah, nobody is perfect man, aku pun ada je buat salah. Aku buat ni pun, mungkin untuk kebaikan korang juga kan. :)

4 comments:

sarah mohamad said...

saya setuju :) part tulisan dengan lagu tu memang hampeh lah .

RaafikJahat said...

Setuju aje ye. Hehe. Tapi, memang hampeh kan. Kadang kadang buat semak aje.

nurnatrah said...

wahhh.tersentapnya..
balik ni kena renovate blog. -.-"

RaafikJahat said...

alamak, tersentap ? relax, relax. sekadar mengingatkan aje. :)