Wednesday, December 01, 2010

I Love December

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan December. Lagi 30 hari, sudah masuk tahun baru, 2011. Sekejap betul masa berlalu. Umur blog aku ni pun dah masuk setahun lima bulan. Dari blog yang kelakar, sampai la sekarang, bertambar pelik, kelakar dan tah pape. Haha.

Ingat lagi zaman masa mula-mula buat blog, "Apa yang aku nak tulis kat blog aku ni ?". Kalau korang tengok archive bulan August 2009, tau la apa yang aku tulis. Bermula dengan hal-hal peribadi, tu pun tak tau nak tulis apa. Selepas tu, baru la aku bermula menulis pasal hal-hal disekitar aku. Apa yang jadi kat dunia ni, fakta-fakta, info, hal fesyen, musik dan macam-macam lagi. Aku tak tumpu sangat pada satu benda, aku suka mix up. So, jadi la Blog Budak Jahat macam yang korang tengok sekarang ni.

Oh, aku main blog sebab nak dapat duit. Nak jadi kaya raya, baru cool. Hahaha. Sememangnya nampak agak kebodohan sikit. Aku tak kisah sangat pun pasal tu, sebab kalau nak jadikan blog kaya raya, kena rajin update benda yang best. Yang pembaca suka baca, dan akan datang balik kat blog kita. Traffic pun kena gempak, aku ni pulak kalau hal blogwalking ni lemah sikit sebab dengan keadaan broadband yang tak berapa The Flash ni, tu yang payah sikit tu.

Tapi, aku tak kisah pasal tu semua. Aku gunakan blog aku ni sebagai satu tempat untuk aku luahkan apa yang ada kat dalam perasaan aku dan minda aku. Cewah. Aku juga cuba untuk jadi seorang blogger yang bagus dari korang. Hahaha. Kalau korang tak suka blog aku, sila berambus. Aku tak paksa kau baca dan follow kan ? Hoho. 

Sila jangan ambil hati ye. Kata kata aku hanya lah satu gurauan. Aku hargai kepada semua yang datang dan pergi, walau tak baca sepatah haram apa pun kat blog aku ni. Wa tak kisah punya, tu hal lu orang. Wak tak amek port. Haha. Okay lah, nak sambung tidur. Selamat berblogging ye kawan-kawan.


2 comments:

Hazzy Ishak said...

baik, aku berambus sekarang.

HA HA HA

keep it up bro!

RaafikJahat said...

sila, sila. pergi sekarang ! hahaha. terima kasih. :)