Saturday, November 06, 2010

Kisah Sebuah Perkahwinan

Travis Barker and Shanna Moakler
Selamat Pengantin Baru kepada jiran bawah rumah aku. Yeah, aku baru balik dari majlis perkahwinan dia yang diadakan di sebuah dewan komuniti berdekatan. Makanan yang sedap, tetamu yang datang pun molek molek belako. Cantik woah, hehe. Tapi yang tak bestnya, dalam dewan tu PANAS. Disebabkan aku ni kuat berpeluh, maka bila kat dalam dewan tu aku akan jadi seperti seorang pemain FUTSAL. Woah, seksi aku dibuatnya.


Plus, aku dapat berjumpa beberapa jiran aku yang pernah tinggal dikawasan rumah aku. Ramai yang dah berpindah, so dapat lah aku jumpa few families. Dan yang paling tak best adalah soalan ini. "Kau dah kahwin ke ? Badan bosar je." Aik, uncle. Takkan lah badan besar je dah kahwin. Haish, kurang senang aku dibuatnya. Mungkin kebanyakkan orang yang dah kahwin ni akan bertambah berat badan mereka, maka aku pun jadi lah salah seorang dari mereka. Haih, im still single and available ye wahai GADIS GADIS sekalian. Haha.


Apa yang cuba aku nak kongsi atau bincangkan adalah, bilakah tahap umur yang baik untuk lelaki berkahwin ? 25, 27, 30 ? Tapi, kalau umur dah sampai masa untuk berkahwin, tapi duit, aset, dan harta tak cukup, tak boleh jugakkan ? Camne lah kau nak sara family kau, kalau takde semua tu. Kawan aku pernah cakap, kalau nak kahwin, cari perempuan yang kaya. Tapi, kita pun kenalah berduit juga. Start dari sekarang, kenalah kumpul duit, harta, aset. Dah cukup semua tu, terus kahwin. Buat apa nak tunggu ? Betul tak ?


Bagi aku, aku rasa umur aku 30 baru aku nak kahwin. Tapi kalau dah jodoh aku awal, Alhamdulillah seronoknya. Dapatlah aku hindarkan maksiat. Kan kan ? Kalau korang korang tu yang suka buat maksiat, silalah kahwin awal. Untung, hari hari dapat romen. Haha. Sekarang umur aku 23, so aku ada 7 tahun untuk aku kumpul duit, harta dan aset yang patut. Wah, kerja keras la aku sepanjang 7 tahun ni. Insyaallah, kalau ada rezeki, tercapai lah hasrat aku ni.


Oh, korang ada baca kan kat dalam perenggan pertama pasal dewan yang panas tu. Aku suka untuk mencadangkan kepada semua, yang nak buat majlis kahwin kat dewan tu, supaya buatlah kat dewan yang ada air-cond. Sejuk sikit tetamu yang datang. Ni tak, dah la panas, tak selesa. Kalau kat luar panas, dalam panas apa kau nak buat ? Dok dalam kereta, pasang air-cond ? At least, jaga lah keselesaan para tetamu yang datang. Baru dapat mengumpat borak dengan gembira kat dalam dewan tu. Okay guys ? :)




p/s : kepada sesiapa yang nak jadi GF aku, sila emailkan nama dan number telefon anda okay ? Haha.

10 comments:

amirah said...

ayat xtahan..untung, hari2 dapat romen..haha
yg penting dgn cara halal kan..

lelaki lau kawen 30 atau ke atas org xkesah sgt, pompuan ni la, lau umo mcm tu dh resah gelisah xkawen g ..so aku nak kawen awal la.haha

RaafikJahat said...

Yes, benda betul kan ? Hehe. Oh, ya. Lupa nak tulis pasal tu. Tapi aku nak update pasal lelaki dulu. Hehe.

i am S!L4H.. said...

haha ade ayt sensored lorhhh..muahaha
kawin bile sampai seru.....bole?
kih3

Faryza said...

salam kunjangan balas.

RaafikJahat said...

@i am S!L4H..
Eh, boleh je. Kalau ada jotoh tu, tak kemana. :D

RaafikJahat said...

@Faryza
Terima kasih. :)

anym (: said...

hah , betol betol :)
sebab tu tk suke pergi kenduri kawen ,
aikk nak jadi gf kne email email pulak eh ?
style ~

RaafikJahat said...

@anym (:
Kalau nak pergi pun, kena tengok dulu kat mana dia buat. Selesa ke tak. Hehe.

Eh, mesti lah kena style. Haha.

cik nur said...

kalo dah ada jodoh kawin jew yerk
hehehehe
kalo lelaki bleh la 30 kalo perempuan tak ada makna nyer

RaafikJahat said...

@cik nur
Oh, entry ni lebih kepada lelaki. Lupa pulak nak updated pasal perempuan punya umur untuk kawen. Hehe.