Sunday, May 09, 2010

Kisah Malam Jumaat






Korang semua mesti pernah dengar pasal produk Malam Jumaat ni. Tapi korang tau tak, apa kebenda produk Malam Jumaat ni ? Nama produk yang agak "pelik". Betul tak ? Ye la, kalau korang dengar pasal Malam Jumaat je, apa korang fikir ? Malam sunat kan ? Haha. Takpe, abaikan. Sekarang aku coba nak terangkan pasal produk ni, yang sememangnya aku saja nak update kat blog aku. Hehe. :D



Anda telah saksikan Iklan kami di TV3, anda telah baca coretan kami di Kosmo!, anda mungkin tertanya-tanya..
  • Benda apa Malam Jumaat ni ?
  • Malam Jumaat ni Perfume ke ?
  • Eh berkesan ke MJ ni, spray je, pstt..! psst..! ?
Malam Jumaat adalah sejenis “energy booster” atau penggalak tenaga yang dihasilkan dari gabungan herba-herba berasaskan ilmu rahsia perubatan tradisional dengan kemajuan teknologi canggih. Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam produk Malam Jumaat ialah Halia, Madu, Tongkat Ali, Saffron, Kacip Fatimah, Manjakani, Sirih dan herba-herba rahsia yang telah terbukti berkesan sejak turun temurun.
Malam Jumaat juga adalah satu-satunya produk di Malaysia yang menggunakan kaedah semburan di bawah lidah. Kajian saintifik telah menunjukkan dengan menggunakan teknik semburan di bawah lidah, segala khasiat akan dapat diserap dengan segera dan sepenuhnya ke dalam sistem tubuh badan
Terdapat banyak kelebihan dengan menggunakan Malam Jumaat sebagai suplemen harian . Antara kelebihan-kelebihan utama Malam Jumaat ialah:

Memulihkan Sistem Badan

Malam Jumaat dapat memulihkan sistem badan dengan melancarkan perjalanan darah dan memulihkan tenaga anda. Campuran kuantiti yang tepat untuk Safron dan Madu iaitu salah satu dari kandungan bahan-bahan yang digunakan dalam Malam Jumaat telah terbukti dapat:
  • Mengembalikan kekuatan tubuh badan
  • Membersih dan menambahkan darah
  • Memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air
  • Menggalakkan proses penyembuhan luka
  • Membantu menerangkan mata
  • Dan banyak lagi…
Dengan teknik semburan di bawah lidah, khasiat-khasiat ini akan dapat diserap terus oleh saluran darah dan akan memberikan kesan dengan sepenuhnya, berbanding penggunaan pil, krim atau losyen.

Meningkatkan Tenaga

Dengan cara hidup masyarakat kita pada masa sekarang, ramai yang mengalami tekanan atau stress menyebabkan mereka tidak dapat beraksi dengan kemuncak pada malam hari. Atau faktor keletihan setelah seharian penat bekerja menyebabkan malam-malam yang dilalui semakin suram.
Malam Jumaat dapat membantu untuk menyelesaikan masalah ini. Penggunaan Tongkat Ali untuk Malam Jumaat “For Men” yang telah digunakan sejak turun temurun dalam ilmu perubatan tradisional masyarakat Melayu sememangnya terbukti berkesan kerana mempunyai kesan afrodisiak dan bolehmeningkatkan paras testoteron untuk lelaki.
Gabungan Kacip Fatimah dan Manjakani di dalam Malam Jumaat “For Women” pula dapatmenambahkan tenaga, mengekalkan kekenyalan dinding uterus, mengurangkan keletihan dan memudahkan proses menopaus, mengimbangkan sistem pembiakan wanita, menstabilkan kitaran haid dan banyak lagi khasiat-khasiat yang terlalu panjang untuk pihak kami tulis di sini.

Menghilangkan Bau Mulut

Malam Jumaat juga telah dibuktikan dapat merawat masalah nafas berbau. Rumusan herba-herba yang terdapat di dalam Malam Jumaat akan menghilangkan bau mulut yang kurang menyenangkan. Ini adalah kelebihan konsep semburan di bawah mulut yang digunakan oleh produk Malam Jumaat.
Malam Jumaat bukanlah sebuah produk yang dihasilkan dengan formula pantas untuk mengaut keuntungan semata-mata. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk Malam Jumaat telah dijalankan secara intensif selama 2 tahun. Dalam masa tersebut, produk Malam Jumaat telah diformulasi dengan menggunakan 100% herba asli.
Selepas semua  herba–herba dan madu lebah asli yang disebutkan tadi di adun dengan sebaik–baiknya, maka produk Malam Jumaat telah diedarkan kepada orang ramai secara percuma untuk mendapatkan maklum balas. Selepas 2 bulan penggunaan Malam Jumaat, maklum balas yang diterima daripada pengguna amat positifMenurut mereka, selepas seminggu menggunakan Malam Jumaat, mereka dapat merasakan perubahan dan tenaga mereka semakin bertambah.
Malam Jumaat (MJ) telah dihasilkan di kilang yang berstatus GMP (Good Manufacturing Practice) dan IMP (Islamic Manufacturing Practice). Oleh itu anda tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan produk Malam Jumaat untuk membantu meningkatkan kesihatan anda.

7 comments:

Misshy Innz said...

mase tgk kat tv3.
i was like
wat the hell malam jumaat plak.
esh3.
terlampau kreatif org2 neyh.
;p

RaafikJahat said...

hahaha, tau takpe. i tgk pun macam, apa benda ni. produk yang macam tah pape je.

Nur -al- Ain said...

memang gelak la tengok iklanni, tengok depan mama dgn ayah, tersipu sipu malu. ahahah

RaafikJahat said...

@Ain : haha, tersipu malu eh ? memang patut pun, iklan cam pelik je.

Nur -al- Ain said...

tau takpe, pelik dan bak kate adik saye, polak. AHHAAA..

pssttt,pssttt

RaafikJahat said...

hahaha. polak dahh. haihh, macam macam iklan skang ni.

Hazzy Ishak said...

buh la nama lain