Showing posts with label cakap-cakap. Show all posts
Showing posts with label cakap-cakap. Show all posts

Tuesday, January 04, 2011

Rarely Blogging

Mike Hranica of The Devil Wears Prada

Hari Selasa.
6:58PM.
Bilik air.


Selamat petang semua dan selamat sejahtera. Ada sesiapa yang rindu kat aku atau blog aku ni ? Apa ?! Takde ?! Okay, fine. Tak kisah pun. Muahahaha. Mesti ada yang perasan, aku jarang update blog. Yeah, aku agak busy lately. Dengan kerja dan menguruskan kehidupan sebagai seorang lelaki kacak dan baik. Haaah, sweet tak ?


Aku akan jarang blogwalking. Kalau ada pun, singgah, baca, chow. Itu sahaja. So, korang rajin-rajin lah update benda best, mungkin aku akan baca. Hehe. Oh, kalau aku diatas talian aku selalu on Facebook dan Twitter. Blog aku on jugak, baca bahan-bahan korang yang best tu. :)


So, kepada sesiapa yang ada Facebook or Twitter, meh add and follow aku. Boleh borak-borak dan kenal-kenal kat situ. Ahh, promote cam haram. Sounds pathetic kan ? Peduli apa aku. Muahahaha. Okay lah. Nak mandi dan dinner. Chowsin.

Friday, December 31, 2010

Aku bukan blogger

Hari Jumaat.
1:20AM.
Ruang tamu.


Dengar lagu, Twitter-ing, and update blog hamis ni. Dah lama tak update blog, last entry yang aku update pasal nak cari GF contract. Muahahaha ! Sorry, over hyper. Mungkin ada yang tertanya-tanya, kemana kah hilangnya Raafik Jahat ? Haaah. Aku masih hidup. Cuma sibuk menjalani hidupan seharian, mencari rezeki untuk sesuap nasi.


Hampir 2 minggu sudah aku bekerja di ING di Raja Chulan. Setakat ni kerja okay tak okay lah. Biasalah, masuk kerja time nak closing memang busy. Hari-hari OT, penat oh. Tapi takpe, duit punya pasal aku rela. Banyak benda aku belajar bila kerja kat situ, dan masih belajar. Benda baru, susah sikit. Lagi-lagi, aku ni lambat pick-up sikit. Takpe lah, kalau tak belajar camne nak pandai kan ?


Lagipun, masa baru kerja tu pun internet aku pulak sangkut, tak bayar lagi. Haha. Sebab tu lah jarang online, apatah lagi nak buka blog, and jenguk blog korang. Sorry lah ye, sekarang aku bukan full-time blogger, aku part-time blogger. 


Terima kasih kepada semua yang datang membaca, mengutuk, meromen, mengomen, datang dan pergi. Aku hargainya. Terima kasih ye kawan-kawan semua. Semoga sejahtera hidup kalian.


Adios.

Wednesday, December 15, 2010

Contract menjadi girlfriend

Mencari pasangan dengan cara contract. Yeah, hebat tak ? Mari cuba, mana tau best. Hahaha. Contract selama setahun, tapi tiada warranty lah. Sorry. Tapi kan, boleh terminated bila-bila masa sahaja, no worries. Aku serious ni. Aku dah terdesak nak gf. Marilah jadi gf aku. Aku seorang LOSER yang hebat. Aku pasti, korang akan puas hati !



Anda berminat ? Sila emailkan number telefon anda ye.
Terima kasih.

Monday, December 13, 2010

My first day at ING Insurance


Assalamualaikum dan selamat hari Isnin. Sekarang tepat jam 8.25 malam. Aku baru sahaja online sekarang ni, dan dapat comment dari salah seorang blogger yang aku sayang, iaitu Cik Afiefah. Dia tanya, "lama tak update, mana menghilang ?" Haa, soalan cepuk kepala tu. Haha. 


Kejap, lama ke aku tak update ye ? Lama ke Cik Afiefah ? Rasanya last update, Sabtu haritu. Takde la lama sangat kan ? Eleh, rindu saya ke wahai Cik Afiefah sayang ? Hehe. :p Ada sebab, kenapa tak update 2, 3 hari ni. Kalau kamu-kamu semua baca entry yang lepas, iaitu entry Working Class Heroes, hari ni adalah hari pertama aku memulakan kerja di ING Insurance. Yeah, finally. Alhamdulillah, dapat juga kerja yang Insyaallah, dapat menjamin masa depan aku.


Kontrak selama 1 tahun, gaji yang agak berpatutan. Kerja yang agak mudah, buat masa ni lah. Keadaan persekitaran di pejabat yang agak ceria. Aku agak pendiam satu hari ni. Ye lah, takkan first day masuk terus nak jadi macam diri aku yang sebenar ? Haish, kena la tunjuk baik sikit. Hehe. Nasib baik ada kawan aku, yang banyak tolong aku. Kalau tak, mati kutu aku tak tau nak buat apa.


Atleast dia ada, takde la aku rasa pelik sangat kan. Office mate yang agak gila-gila. Bos pun lebih kurang je. Nak makan pun senang, sebab memang banyak kedai makan kat belakang bangunan ING tu. Cakap je nak makan ape, semua ada. Soal parking, jangan cakap lah. Semua mahal-mahal. Terpaksa la korban kan duit sikit, nak bayar parking. -.-"


Okay lah, nak mandi and makan. Oh, thanks to my best mate, Don Vito for helping me out to get this job man. Big thanks. 


So, Cik Afiefah. Adakah persoalan anda sudah terjawab ? :)


P/s: Entry diupdate dengan keadaan yang agak malas sambil lagu The Devil Wears Prada ke udara.

Friday, December 10, 2010

Flashback: Pernah korang main permainan ni ?


Mesti pernah kan ? Zaman dolu-dolu, masa sekolah. Kalau crush kat someone tu, mesti buat benda ni. Hahahaha. So, apa lagi ? Mari kita ingkap semula kenangan lampau. :D

Sohseh: Kenapa Maria Ozawa ? Entah lah. Haha.

Wednesday, December 08, 2010

Tutti Frutti Frozen Yogurt


Pernah makan di Tutti Frutti Frozen Yogurt ? Tak pernah dengar pun ? Sokay, hari ni aku nak ceritakan sikit.


Tutti Frutti is a place where we can find the most exotic fruitti concoction. Their fruttifreeze are made from fresh fruits which blended with a mixture of milk or vitagen. Tutti Frutti has 120 outlets worldwide.with 70 of them located in U.S. And now, in Malaysia.
Part of NAZA Group of Companies, Tutti Frutti Malaysia is the master license holder of Tutti Frutti frozen yogurt for Malaysia, Singapore, Thailand and India


Semalam, hari cuti sempena Maal Hijrah, aku dan tiga orang kawan berjalan-jalan menikmati keindahan Kuala Lumpur. Oh, takde la kemana sangat pun. Setakat pergi ke Wangsa Walk aje. Hehe. Oh, TFFY ni baru je buka Sabtu lepas. So, kitorang pun pergi lah nak merasa makan kat situ. Sebab, ni first time aku makan. Sebelum ni dengar aje. Kedai ni terletak di depan Wangsa Walk, di sebelah Bank Islam.


Jadi, selepas je dapat parking yang ambil masa nak jumpa kitorang terus bergegas ke tempat kejadian. Kecil je kedai dia. Tapi decorations cantik. Tanpa segan silu, aku dan kawan-kawan aku terus mengambil cupcake dan terus terjah ke machine yang disediakan. Aku tak ingat berapa flavour ada. Tapi yang aku ingat, aku ambil flavour Orange, Blueberry dan Vanilla. Nyummeh.


Lupa nak bagitau, dia kira ikut gram, RM0.53/10gram. Aku yang tak pernah makan benda ni, plus rambang mata dan lapar, pun ambil lah 3 flavour tu. Bukan main banyak lagi aku ambil. Plus, ada toppings yang best-best. Macam-macam ada. Dah selesai merosakkan suasana, aku terus melangkah ke cashier dan timbang. Alangkah terkejutnya aku, kerana jumlah kesemuanya adalah RM18.55 ! Tu la, lain kali ambil sikit sikit. Ye la, mana nak tau. First time makan kat situ. Hehe. Kat sini ada sedikit gambarajah ye.





Tu belum lagi tengok kawan-kawan aku punya, harga lebih kurang. Tu la, tamak lagi. Hahaha. Takpe, nak merasa kan. Takde hal punya. Hehe.

For more info, visit Tutti Frutti Malaysia and add them on Facebook. So, apa lagi ? Pergi ke outlet mereka yang berdekatan, dan rasa sendiri. Terbaik dari ladang !

Also credit to icoco.me

Thursday, December 02, 2010

Perempuan suka lelaki berperut buncit dan botak

Sekadar hiasan

Short entry.


Hello readers, greetings. Terdengar topic yang dibincangkan pagi tadi kat radio HotFM, "Adakah lelaki buncit dan botak disukai wanita ?". Yeah, itu apa yang akan aku tulis hari ni.


Adakah semua perempuan suka lelaki yang buncit dan botak ? Berdasarkan apa yang aku dengar pagi tadi, 50-50. Ada yang suka dan tak. Bagi aku, perempuan memang suka lelaki berperut buncit kot. Sebab, kebanyakkan ex-gf aku (KEBANYAKKAN ?) hehe, suka sebab aku berperut buncit cuma tak botak je. Hehe.


Bak kata pendengar tadi, lelaki berperut buncit ni kaya, betul ke ? Aku kaya dengan budi bahasa je. Haha. Kalau bab botak pulak, aku tak pernah tau pulak. Tapi kebanyakkan lelaki botak yang aku nampak, semua ada gf lawa-lawa. Tu maknanya perempuan suka la tu. Hoho.


So, apa kata pembaca perempuan semua ? Adakah lelaki yang berperut buncit dan botak menjadi pilihan kamu semua ? :)

Wednesday, December 01, 2010

I Love December

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan December. Lagi 30 hari, sudah masuk tahun baru, 2011. Sekejap betul masa berlalu. Umur blog aku ni pun dah masuk setahun lima bulan. Dari blog yang kelakar, sampai la sekarang, bertambar pelik, kelakar dan tah pape. Haha.

Ingat lagi zaman masa mula-mula buat blog, "Apa yang aku nak tulis kat blog aku ni ?". Kalau korang tengok archive bulan August 2009, tau la apa yang aku tulis. Bermula dengan hal-hal peribadi, tu pun tak tau nak tulis apa. Selepas tu, baru la aku bermula menulis pasal hal-hal disekitar aku. Apa yang jadi kat dunia ni, fakta-fakta, info, hal fesyen, musik dan macam-macam lagi. Aku tak tumpu sangat pada satu benda, aku suka mix up. So, jadi la Blog Budak Jahat macam yang korang tengok sekarang ni.

Oh, aku main blog sebab nak dapat duit. Nak jadi kaya raya, baru cool. Hahaha. Sememangnya nampak agak kebodohan sikit. Aku tak kisah sangat pun pasal tu, sebab kalau nak jadikan blog kaya raya, kena rajin update benda yang best. Yang pembaca suka baca, dan akan datang balik kat blog kita. Traffic pun kena gempak, aku ni pulak kalau hal blogwalking ni lemah sikit sebab dengan keadaan broadband yang tak berapa The Flash ni, tu yang payah sikit tu.

Tapi, aku tak kisah pasal tu semua. Aku gunakan blog aku ni sebagai satu tempat untuk aku luahkan apa yang ada kat dalam perasaan aku dan minda aku. Cewah. Aku juga cuba untuk jadi seorang blogger yang bagus dari korang. Hahaha. Kalau korang tak suka blog aku, sila berambus. Aku tak paksa kau baca dan follow kan ? Hoho. 

Sila jangan ambil hati ye. Kata kata aku hanya lah satu gurauan. Aku hargai kepada semua yang datang dan pergi, walau tak baca sepatah haram apa pun kat blog aku ni. Wa tak kisah punya, tu hal lu orang. Wak tak amek port. Haha. Okay lah, nak sambung tidur. Selamat berblogging ye kawan-kawan.


Tuesday, November 30, 2010

Sudut mari mengata



Entry yang agak panjang dan mungkin menyakitkan hati.

Selamat hari Isnin. Esok sudah hari Selasa, lusa dah hari Rabu. Tulat pulak hari Khamis, lepas tu hari Jumaat. Okay, entry kali ni aku nak mengenengahkan berkenaan cara menulis entry, apa yang patut ada kat blog korang tu, dan juga hal-hal lain yang aku tak berapa suka. Sorry ye kalau ada yang terasa, aku terpaksa tulis. Sebab mata aku, telinga aku dah sakit melihat blog-blog yang sekalian rupa.

Cara menulis dalam blog yang betul.
Pernah tak korang nampak, dalam mana-mana blog yang korang pernah singgah segala perkataannya ditaip begini. 
"ak, aq, en, sukew, gilew, gewdik, shumey, comey, dan macam macam lagi."

 Atau yang ini, "nAMe AKu rAAfiK. uMo AKu 23 TaOn. AKu tInGGaL KaRT MiAMi FLoRIdA." 

Mesti pernah baca or nampak kan ? Okay lah. Kalau takat perkataan shumey ke comey ke boleh diterima lagi, kalau penggunaan ayat yang tidak berterusan. Kalau dah selalu sangat, annoying kan ? Lagi satu, apa motif korang buat blog, tapi cara penulisan yang hancus macam ni ? Tak ke susah orang nak baca ? Tu belum ditambah dengan yang berwarna-warni. Sakit mata nak membaca. Ye, aku tau tu blog korang, suka hati korang nak tulis camne kan, tapi jangan la melampau sangat. Biar mesra pembaca sikit.

Widgets.
Ni lagi satu. Kalau boleh, semua widgets korang nak letak kan ? Ye, boleh je nak letak tapi korang kena ingat. Tak semua orang ada internet yang pantas (macam aku ni). So, bila blog korang dah sarat dengan widgets yang tah pape tu, loading time akan ambil masa. Sebab blog korang tu berat sangat. Nak tunggu habis loading satu hal, kang tiba tiba blog tak best. (macam blog aku ni). Cuba limitkan sikit penggunaan widgets. Guna mana yang penting. Bila blog korang ringan, menarik baru best blogger yang lain nak singgah. Kan ?

Lagu/radio.
Okay, ni pasal lagu/radio pulak. Masa aku main Myspace dulu, aku ada letak widget ni kat blog aku. Setiap minggu aku tukar lagu. Oh, tu zaman Myspace, zaman 3,4 tahun lepas. Bagi aku, penggunaan widget lagu/radio ni boleh je letak. Tapi jangan la hiddenkan player tu, biar senang orang nak stop or pause lagu korang tu. Ni tak, masuk masuk je blog tu tiba tiba ada lagu. Melilau mata mencari mana player, tak jumpa. Sudahnya, close window aje lah. Sebab apa ? Kadang kadang mengganggu pembaca. Diorang masuk blog korang tu sebab nak membaca atau mencari info atau pape je la, bukan sebab nak dengar lagu. Ada faham ?

Paku Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Dia Yang Lebih.

Segala apa yang aku tulis ni adalah luahan hati. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Yeah, nobody is perfect man, aku pun ada je buat salah. Aku buat ni pun, mungkin untuk kebaikan korang juga kan. :)

Monday, November 15, 2010

Working Class Heroes



Happy Monday and Happy WEAK-days. Entry yang tak berapa pendek dari RaafikJahat.  This morning, i'm just having a interview at ING Insurance. Oh, aku bercadang untuk bertukar kerja, sebab ada masalah sedikit di tempat kerja aku sekarang. My friend, Don Amir - Vito is the one who helping me out to get this interview. 

"I've a lot of commitment. I've to pay car loan, petrol,
bills, and also for my social life. :)"

Contract for a year, weekends off, office hour working. time. Yeah, it's just the same with my job now. The different is, this is the REAL job. Professional one, its different with my recent job act. Oh, pray for me, Hopefully I'll get this job, cause I really need it. 

Cheers.

Thursday, August 05, 2010

Duit, Oh Duit




Memang betul percakapan orang tentang uang. "Habis seperti air". Selalunya, kalau dapat uang secara senang, memang senang habis. Kalau dapat secara susah - seperti bekerja, kerja keras sekeras keras batu untuk cari uang, memang susah nak habis (rasanyalah).


Macam aku, dengan gaji yang tak seberapa, aku ada beberapa komitmen untuk dijaga. Seperti, membayar loan kereta, maintenance kereta, segala expences aku untuk bulan tersebut. Walaupun aku duduk dengan mak aku, duit tetap banyak digunakan. Baru aku tahu, bagaimana susah nak cari uang.


Lagi satu, aku ni tak boleh ada uang banyak, mula la nak beli tu, beli ni. Haish, mengalahkan perempuan. Minggu ni je, aku dah habiskan berapa puluh ringgit untuk makan. Makan je tau.


@ Popeye

@ Secret Recipe

Ni antara beberapa meal aku untuk makan tengah hari. Ada lagi, lupa nak snap gambar. Tu tak kira lagi makan malam. Tapi, kadang kadang je la aku makan kat luar. Bagi aku, kalau habis uang untuk makan, aku tak kisah sangat. Lagi elok dari habis uang kat benda benda yang tah pape. Kan ?

Wednesday, July 07, 2010

Kisah 1000 Ciuman

Cerita yang aku dapat kat Facebook, setelah diri ini ditag oleh sekalian manusia.


Selamat Membaca.





Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indon. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:

Isteriku tercinta,

Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.

paling cinta,
Kanda Suparjo

Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya

Kanda Suparjo tersayang,
Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:

Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.

Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.

Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.

Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.

Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.

Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.

Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman. Kanda tersayang..
bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.

Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??

Paling sayang,
dari Dinda Suti Nirwingsih

.... gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!


Click kalau dah abes baca. :)





**Moral of the story : Cuba terangkan betul betul apa yang hendak disampaikan, ataupun cuba fahami betul betul apa yang disampaikan. :D



And the award goes tooooo




Award ketiga aku dapat, terima kasih kepada Cik SesunggutCute aka Uchi sebab anugerahkan saya award ni. Award FriendlyVisitors katanya. Friendly ke aku ? Ntah la, korang je yang dapat menilai aku. :)



Oleh kerana award ini, aku perlu lah tagged kan juga 10 bloggers lain yang Friendly juga. Siapa kah 10 bloggers itu ? Ini lah dia, KABOOOM !




Dah tau siapa 1- blogger tu semua ? Bagusss.
Sekarang aku kena buat 10 Backlinks pulak. Oh, cara bagus nak naikkan traffic. Check this out. :)





Sebelum letakkan link-link ni, delete dulu nama yang pertama, supaya nama yang berada ditempat kedua akan berada ditempat pertama, nama ditempat ketiga akan berada ditempat kedua dan seterusnya. Faham kan ? Pandaiiiiiinya ! Dan, nama korang pulak letakkan ditempat yang terakhir iaitu ditempat kesepuluh. Buat tu, biar adil dan saksama. Berani kerana benar !! Kalau buat betoi-betoi, jumlah backlinks yang korang dapat  camni lah.

Ketika posisi kamu 10, jumlah backlink = 1
Posisi 9, jumlah backlink = 5

Posisi 8, jumlah backlink = 25
Posisi 7, jumlah backlink = 125
Posisi 6, jumlah backlink = 625
Posisi 5, jumlah backlink = 3,125
Posisi 4, jumlah backlink = 15,625
Posisi 3, jumlah backlink = 78,125
Posisi 2, jumlah backlink = 390,625
Posisi 1, jumlah backlink = 1,953,125

Bagus kan ? So, apa lagi, penerima awards semua buat la apa yang patut ye. Kepada bloggers lain, try la Backlinks ni. Selamat mencuba. :)

Monday, July 05, 2010

Attentions to ALL Ladies





I presents to you, meu é teu. A new blog for, LADIES to shopping ! The owner is one of my friend, Cik Afifah. 


Here is a sum of the stuffs that sold here. :D









and, many more. should dropping by tau.

Jangan lah segan segan untuk singgah ke Blog ni dan selamat shopping ya. 


Friday, July 02, 2010

Pimp My Ride


Dear Pimp My Ride, I really need you to please pimp my late father's car out.  I really need your services, if you could please pimp out my late father's car. Oh and I don't have a digital camerabut I have a camera on my E71 mobile phone. :)  I have enough to get through, but not for luxury. I would like if you could pimp out my ride,,,,


From this !


To this !

*

*

*

*

*

*

*


Can ya ? Hahahahaha.

Monday, June 28, 2010

The Story About Them


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry yang ditulis adalah berkenaan anak anak buah aku. Mohd Adib Darwisy dan Nur Aamal Darwisyah. Mereka bukan adik beradik, tetapi sepupu.

Adib anak kakak aku yang pertama dan Aamal anak kakak aku yang kedua. Mohd Adib, sekarang berumur 1 tahun 3 bulan. Seorang yang agak hyper, dan banyak cakap. Sudah mula berjalan pada umur 1 tahun, dia memang tak boleh duduk diam. Dia akan berjalan sampai dia penat. Tapi, kalau dia penat pun, dia tetap nak berjalan jugak. 

Petah bercakap, walaupun tak jelas. Ye la, baru umur 1 tahun kan, tapi memang kuat cakap. Dia akan panggil aku "Apit" bukan "Pak Lang". Sebab dia dah terbiasa dengar family aku panggil aku "Apit". Hehe. Sangat suka tengok Youtube, dorongan dari parents dia. Tatkala aku tengah online pun, dia akan menyelit dan akan cakap, "aguu, aguu", sebutan untuk lagu. :)

Aamal pula baru berumur 2 bulan, dan akan masuk 3 bulan pada 2/7 ni. Seorang yang suka senyum, banyak cakap, dan akan menangis dengan kuat kalau tak dapat susu. Hehe. Bayangkan, baru umur sehari dah senyum sampai menampakkan lesung pipit dia tu. Haihh, geram aku melihatnya.

Itulah dia, serba serbi cerita tentang anak buah aku. Nak tengok ambar diorang ? Meh sini, tengok dengan hati yang tenang, :D









Sekian, terima kasih kerana membaca blog saya. :)