Monday, December 13, 2010

My first day at ING Insurance


Assalamualaikum dan selamat hari Isnin. Sekarang tepat jam 8.25 malam. Aku baru sahaja online sekarang ni, dan dapat comment dari salah seorang blogger yang aku sayang, iaitu Cik Afiefah. Dia tanya, "lama tak update, mana menghilang ?" Haa, soalan cepuk kepala tu. Haha. 


Kejap, lama ke aku tak update ye ? Lama ke Cik Afiefah ? Rasanya last update, Sabtu haritu. Takde la lama sangat kan ? Eleh, rindu saya ke wahai Cik Afiefah sayang ? Hehe. :p Ada sebab, kenapa tak update 2, 3 hari ni. Kalau kamu-kamu semua baca entry yang lepas, iaitu entry Working Class Heroes, hari ni adalah hari pertama aku memulakan kerja di ING Insurance. Yeah, finally. Alhamdulillah, dapat juga kerja yang Insyaallah, dapat menjamin masa depan aku.


Kontrak selama 1 tahun, gaji yang agak berpatutan. Kerja yang agak mudah, buat masa ni lah. Keadaan persekitaran di pejabat yang agak ceria. Aku agak pendiam satu hari ni. Ye lah, takkan first day masuk terus nak jadi macam diri aku yang sebenar ? Haish, kena la tunjuk baik sikit. Hehe. Nasib baik ada kawan aku, yang banyak tolong aku. Kalau tak, mati kutu aku tak tau nak buat apa.


Atleast dia ada, takde la aku rasa pelik sangat kan. Office mate yang agak gila-gila. Bos pun lebih kurang je. Nak makan pun senang, sebab memang banyak kedai makan kat belakang bangunan ING tu. Cakap je nak makan ape, semua ada. Soal parking, jangan cakap lah. Semua mahal-mahal. Terpaksa la korban kan duit sikit, nak bayar parking. -.-"


Okay lah, nak mandi and makan. Oh, thanks to my best mate, Don Vito for helping me out to get this job man. Big thanks. 


So, Cik Afiefah. Adakah persoalan anda sudah terjawab ? :)


P/s: Entry diupdate dengan keadaan yang agak malas sambil lagu The Devil Wears Prada ke udara.

6 comments:

Afiefah Safieni said...

Agak rindu la..
acece malu2 pula kt tempat kerja..
dah dapat kerja, lepas ni jangan ponteng pula.!!

RaafikJahat said...

Eleh, ye la tu rindu. :p

Ye, sayang, i takkan ponteng ponteng.

Amirrah Zawani said...

hahahahaha!!! permulaan entry buat aku gelak guling2...

oh, baru masuk kerja.. selamat bekerja :D

RaafikJahat said...

Apa yang kelakar sangat doh ? Cis. Terima kasih. :)

NS said...

selamat menjadi pekerja yang rajin. =)

RaafikJahat said...

Terima kasih. :)