Monday, June 28, 2010

The Story About Them


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry yang ditulis adalah berkenaan anak anak buah aku. Mohd Adib Darwisy dan Nur Aamal Darwisyah. Mereka bukan adik beradik, tetapi sepupu.

Adib anak kakak aku yang pertama dan Aamal anak kakak aku yang kedua. Mohd Adib, sekarang berumur 1 tahun 3 bulan. Seorang yang agak hyper, dan banyak cakap. Sudah mula berjalan pada umur 1 tahun, dia memang tak boleh duduk diam. Dia akan berjalan sampai dia penat. Tapi, kalau dia penat pun, dia tetap nak berjalan jugak. 

Petah bercakap, walaupun tak jelas. Ye la, baru umur 1 tahun kan, tapi memang kuat cakap. Dia akan panggil aku "Apit" bukan "Pak Lang". Sebab dia dah terbiasa dengar family aku panggil aku "Apit". Hehe. Sangat suka tengok Youtube, dorongan dari parents dia. Tatkala aku tengah online pun, dia akan menyelit dan akan cakap, "aguu, aguu", sebutan untuk lagu. :)

Aamal pula baru berumur 2 bulan, dan akan masuk 3 bulan pada 2/7 ni. Seorang yang suka senyum, banyak cakap, dan akan menangis dengan kuat kalau tak dapat susu. Hehe. Bayangkan, baru umur sehari dah senyum sampai menampakkan lesung pipit dia tu. Haihh, geram aku melihatnya.

Itulah dia, serba serbi cerita tentang anak buah aku. Nak tengok ambar diorang ? Meh sini, tengok dengan hati yang tenang, :D









Sekian, terima kasih kerana membaca blog saya. :)

3 comments:

Hazzy Ishak said...

gugu gagaga...apit bucukkkk

RaafikJahat said...

gaga gago. hazzy mashammm.

applesakura said...

hik hik hik ala3~