Tuesday, July 13, 2010

[Review] Gathering GengBlogger 2010

Tiada kaitan dengan entry.


Sorry sebab lambat update entry pasal gath ni. Busy sikit dengan kehidupan yang penoh pancaroba ni. Hehe. Abang Joe kita suruh buat review sikit pasal gath tu, so aku rasa perlu buat la sebab ada benda aku nak cerita. :D


Gathering yang berlangsung pada Sabtu lepas, di Putrajaya Challenge Park. Venue yang agak jauh bagi aku, sebab aku stay kat Gombak. Bukan nak complaint jauh ye, sebab aku tau ada lagi blogger lain yang lagi jauh dari aku. Memandangkan event yang katanya start jam 9.00 pagi, untuk pendaftaran, aku pun bergeraklah dari rumah, dalam jam 8 dan sampai kat Putrajaya jam 9.00 pagi.


Ye, aku rasa aku orang kedua yang sampai selain Azrul, Hazzy dan Joe. Biasalah, janji melayu kan, aku paham. Tapi disebabkan aku tak nak terlambat, aku gerak awal. Kalo aku sampai lambat, then dah ramai orang sampai, semamangnya aku akan jadi tumpuan, (cewahhh). Aku tak suka jadi tumpuan tau. Haha.


Hampir 2 jam menunggu semua blogger tiba, akhirnya start la majlis. Majlis yang dimulakan dengan sesi perkenalan, games / quiz, bergambar, seterusnya makan tengahari yang memang time tu aku tengah lapar tak ingat punya. Hehe. 


Lepas makan pulak, sesi bergambar, sebab semua dah nak balik. Majlis pun nak habis. Eh, camni je aku boleh cerita ? Tak best langsung. Apadahal, biarlah. Kan ? Haha.


Kat sini aku nak minta maaf kat blogger-blogger yang hadir, sebab aku kurang bergaul. Mesti ada yang cakap aku ni pemalu ke ? Sombong tahi ke ? Apa apa la, sebab aku ni memang susah nak interact dengan orang. Memang tak reti nak start perbualan, tak reti nak approach orang. Sorry sangat sangat, kalau korang terasa dengan aku. "___"


Lagi satu, mesti korang ada perasan, yang aku ni berpeluh peluh. Yeah, aku ni memang kuat peluh, mak aku cakap aku ikut arwah abah aku. Tak kesah la, makan dalam tempat sejuk ke, ber air-cond ke, aku tetap akan peluh. Sorry, kalau aku buat korang tak selesa. :(


Oleh itu, tamatlah sesi review aku yang panjang lebar ni. Sorry, sebab tertaip banyak. Hehe. Kat sini aku letak lah, gambar gambar masa gath tu. Ni pun amik kat FB blogger-blogger lain. Dalam phone ada, tapi gambar tak best. Hehe. 


Terima kasih. :)













Aku paling suka gambar ni. Big credit to Azizie. :)


Thanks guys, for make it happen. Hari tu memang best, walaupun aku ni memang tak best. Haha. 

8 comments:

Ery Farieha said...

aku terase ngn ko.
huh.




lalalalalala~

RafikJahat said...

aku tau ko cakap tak ikhlas tu. hahaha.

Miro Armyrule said...

bro, bukan ko jer yg malu2 siput...ramai gak sbb tu la kurang sembang2...aku lg la hanya mampu tersengih, aku tgk gambar aku yg diorang snap, sengih memanjang, agak2 boleh jadi duta colgate x?...wakakaka...apa2 pu tahniah kepada GB

RafikJahat said...

hehe, tu aku tau dah. semua aku tengok camtu. tapi aku je cam lebih lebih. hehehe.

Kujie said...

ooo..orang pejabat lawyer ni ye - tak pa..semangat tu dah betul

lain kali jumpa lagi , ok dah tu
kali pertama, mesti segan silu

RafikJahat said...

Kak Kujie, yeah, pejabat lawyer buruk je. hehe. tu la, maybe next time jumpa okay la kot. hehe.

baincardin said...

Salam. Jom kita menghayatinya bersama! ^_^

paan said...

xberkesempatan la nak pegi...huhu.len kali la.