Thursday, April 22, 2010

Jatuh cinta lagi


Sedang aku membelek belek paper hari ni, ternampak satu artikel pasal Syarifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar ( Sakina ). Oh yeah, dia comel dan cantik. Ni first time aku dengar pasal dia, tu pun sebab baca Metro. Dia ni femes sebab berlakon dalam cerita Hotel Mania, menerusi watak Sasha. Cerita tu pun, aku tak penah tengok. Haha. Berikut adalah keratan dari akhbar Metro.

Bukan mewarisi bakat ayah dan ibu, gadis jelita ini mengikuti jejak dua kakaknya - Sharifah Norhaslinda (Lynn) dan Sharifah Shahirah (Shira) - dalam bidang seni dan glamour.

Mula menambat jutaan penonton Hotel Mania menerusi watak Sasha, pertemuan diatur dengan gadis tinggi lampai ini untuk berkongsi sedikit pengalaman berhubung perjalanan seninya yang baru berputik.

"Dulu saya ingat mahu habiskan belajar kemudian baru jadi pelakon. Cita-cita dulu mahu jadi artis yang berilmu konon-kononnya. Tapi memandangkan peluang datang dengan pantas, akhirnya takdir membawa saya terjebak lebih awal.

"Sejak dari dulu lagi, ibu memang memberi galakan kepada saya untuk menjadi pelakon sebabnya dia nampak kecenderungan saya dalam bidang ini.

"Saya sendiri tak nafikan, minat berlakon mula menular dalam diri sejak kecil lagi. Tambahan pula, sentiasa diusung ke sana ke mari oleh kakak saya ke lokasi penggambaran, minat itu semakin menebal," katanya.

Memulakan karier glamour sebagai model iklan komersial, Sakina pernah muncul dalam beberapa iklan tempatan iaitu Tropica Twister, Tropicana Mall, Gardenia, Celcom dan Maxis.



Note : Semakin ramai pelakon dan penyanyi baru kat Malaysia ni, tapi tak semua femes. Jangan lah cuba nak jadi artis, kalau tak berani amek risiko. :D



No comments: