Monday, November 22, 2010

Sejarah Snooker


Billiard atau Snooker adalah satu permainan yang famous dalam dunia ni. Famous la, sebab dalam arena sukan pun ada pertandingan snooker. Hehe. So, apa yang korang tau pasal snooker ni ? Tau asal usulnya ? Sejarahnya ? Aku akan beritahu, serba sedikit tentang asal usul permainan ni. Kalau ada salah dan silap, sila betulkan. Terima kasih.


Billiard atau Snooker pertama kalinya dimainkan padal awal abad ke-16. Pada masa tu, ia lebih dikenali sebagai “Gentleman’s game” kerana popularitinya kepada royalty. Oh, pada masa tu meja Snooker tiada side rails, lubang ataupun cushions, ia hanya mengandungi lubang untuk memasukkan bola. Jadi, setiap kali bola dimasukkan ia akan jatuh ke tanah. Bola pula, diperbuat daripada gading, lain dari billiard moden.

Pada abad ke-19, permainan ini menjadi sangat popular di kalangan Angkatan Bersenjata Inggeris yang ditempatkan di India. Pada asalnya, billiard adalah permainan untuk 2 orang yang dimainkan dengan 3 bola, 2 antaranya adalah bola kiu, satu untuk setiap pemain. Ini menjadikannya permainan versi multi-player. Maka terjadilah versi baru iaitu Pool dan juga Snooker, sama sedikit  seperti yang dimainkan sekarang. Pada masa itu, Snooker hanya dimainkan dengan 15 biji bola merah dan sebiji bola kiu dan pemain akan mendapat satu point untuk setiap bola merah yang dimasukkan. Pada versi berikutnya, barulah bola color iaitu kuning, coklat, hijau, biru dan pink ditambah.

John Roberts
Nama Snooker asalnya dari seorang Chamberlain yang memberi  komen pada seorang pemain yang terlepas satu pukulan. Lalu ia memanggil pemain itu, “a real snooker” kerana kekurangan pengalaman pemain itu. Snooker adalah sebutan untuk kadet tahun pertama. Secara rasminya, satu set peraturan untuk Snooker telah didraftkan pada 1882 di Ootacamund, Madras di India. Semasa Juara Billiard British, John Roberts datang ke India pada 1885, dia bertemu Chamberlain dan memutuskan untuk membawa permainan Snooker ke England.


Pertandingan pertama, English Amateur Championship secara rasminya diadakan pada 1916. Pada 1927, Joe Davis telah menganjurkan pertandingan Snooker-  Professional World Championship yang pertama. Pada masa itu, standard permainan tidaklah tinggi mana. Pada setiap satu game pun hanya mendapat 60 points.

Joe Davis
Snooker telah terkenal pada tahun 1930-an. Dan seterusnya sampailah sekarang. Oh, Snooker telah menjadi permainan kegemaran aku sejak tahun lepas. Dulu-dulu tu pernah la main, tapi tak macam sekarang. Setiap minggu aku mesti main. Tak pernah masuk tournament, sebab aku tak cukup bagus untuk masuk.

Sekian. Sumber dari Wikipedia.

4 comments:

Hazzy Ishak said...

teringin cuba 2 benda ni, snooker & pingpong.

RaafikJahat said...

@Hazzy: Try on. Best. Tak pun nanti kita pergi try bersama with other bloggers. :D

Unknown said...

maen billiard dalam hp n laptop je..wakakaka

RaafikJahat said...

Mana best main kat dalam hp and laptop. Real punya lagi best. :)