Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

Weird Tattoos and Piercings

This is an entry about Piercings and Body Art (Tattoo). I mean, a weird one, that you guys never seen before, MAYBE. Well, just having a look at all of this crazy peoples.


Wedding ring.

Wolverine wannabe.

Zipper tounge.

Hardcore grandpa.

Need money ?

Checkered

Insane.

Craziest.

Hardcore granny.


Source from Squidoo.com and Hubpages.com

P/s : As a Muslim, we are not allowed to tattoo-ing and piercing. HARAM.

Friday, November 05, 2010

10 Cara Break Up Dengan Baik #1

Have you guys wondering, what is the good way to break up with your BF/GF ? I will show you, HOW. :)

Click for enlarge.

Monday, October 25, 2010

Akil Baligh Seorang Remaja - Info Sihat


Selamat hari Isnin kepada semua yang membaca. Hari ini aku mahu berkongsi bekenaan AKIL BALIGH. Apa yang anda semua faham akan akil baligh ? Mungkin ada sesuatu yang anda tidak tahu pasal akil baligh ni. Disini aku selitkan sedikit info.


Intro


Akil baligh akan dialami apabila anda meningkat dewasa. Akil baligh merupakan tanda keupayaan anda untuk mempunyai anak. Dikenali juga sebagai kematangan seksual.


Definisinya


Akil baligh merupakan satu peringkat dalam hidup anda yang berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks Primer dan Sekunder yang disebabkan bahan kimia yang dipanggil hormon.


Bagi lelaki:-

  • Ciri primer - perubahan pada zakar (penis) dan buah zakar (testis).
  • Ciri sekundar - pertumbuhan misai dan janggut, bulu ketiak dan bulu pada kemaluan serta suara menjadi garau.



Bagi perempuan:-

  • Ciri primer - perubahan pada faraj (vagina) dan ovari.
  • Ciri sekunder - perubahan pada payudara dan punggung membesar.



Bilakah akil baligh berlaku ?


Akil baligh berlaku antara 9-16 tahun. Ada yang mengalami perubahan awal, dan disebabkan oleh:-
nutrisi yang baik, stres atau bahan kimia didalam makanan.


Adakah akil baligh awal satu kebaikan atau sebaliknya ?


Ia bukan satu yang tidak baik, malah tiada apa yang perlu dirisaukan.  Mereka yang mengalami perubahan awal mungkin disebabkan kerana terdedah kepada gejala gejala sosial yang agak awal untuk mereka.


Akil baligh juga boleh menjadi tidak normal.


Akil baligh awal dan lewat.



Diagnosis


Apa yang boleh doktor lakukan ?
Doktor akan mengambil sejarah perubatan anda dan/atau ibu bapa anda.
Pemeriksaan fizikal akan dilakukan. seperti ujian x-ray, ujian darah dan ujian yang berkaitan bagi mencari sebarang sumber.


Rawatan


Bagaimana perubahan boleh dilakukan ?


Terdapat 2 pilihan:-

  • Merawat pesakit dasar/sebenar. (sepeti tumor pada ovari atau otak.)
  • Terapi hormon untuk merawat hormon yang tidak seimbang.



Bagaimana anda boleh kembali normal ?


Rawatan hormon yang khusus bagi kelewatan akil baligh akan ditentukan oleh doktor anda bergantung pada:-

  • Umur/keseluruhan sejarah kesihatan dan perubahan anda.
  • Tahap keadaan pesakit.
  • Pendapat dan kehendak anda.



Keputusan atau kesan.


Pengesanan dan rawatan awal akan meghasilkan keputusan baik.

Wednesday, June 16, 2010

[Berita] Perempuan yang tak pernah puas.




MASJID TANAH:  “Sebak hati saya apabila anak perempuan yang ditatang bagai minyak penuh, tergamak memaki hamun ketika menasihatinya supaya pulang ke rumah kerana masih mempunyai suami,” kata seorang ibu tunggal, Sarinah Sagil, 50.
Menurutnya, anak perempuannya berusia 32 tahun itu sanggup meninggalkan suami serta dua anak berusia sembilan dan 12 tahun semata-mata mengikut teman lelaki dan bersekedudukan di rumah lelaki terbabit.
Katanya, anaknya itu tergamak menghinanya di khalayak ramai di rumah keluarga teman lelakinya selain dihalau dengan kata-kata kesat yang menghancurkan hati dan perasaannya.


Sarinah yang bekerja di sebuah kilang di Bukit Rambai, ketika menceritakan kejadian itu berkata, anak perempuannya itu mula berubah sikap sejak mengenali lelaki terbabit selepas berlaku perselisihan faham dengan keluarga, beberapa tahun lalu.


Menurutnya, anak perempuannya itu dalam diam menjalin hubungan sulit dengan lelaki berkenaan berusia 30-an sekitar 2007 tanpa diketahui sesiapa sebelum nekad bertindak keluar rumah untuk tinggal di rumah keluarga lelaki itu.


“Kira-kira dua minggu lalu, saya mengambil keputusan untuk meninjau keadaan anak dari rumah seorang rakan yang kebetulan terletak berhampiran bagi membuktikan dia memang tinggal di rumah keluarga terbabit dan ternyata telahan saya benar.


“Berikutan itu, saya terus merujuk kepada sidang kampung itu sambil menjelaskan segala-galanya untuk mengambil tindakan lanjut terhadap keluarga terbabit, tetapi keluarga itu mendakwa anak saya sebagai anak angkat mereka,” katanya ketika ditemui, semalam.


Katanya, sebelum ini, keluarga lelaki terbabit pernah datang ke rumah untuk meminang anak perempuannya itu, tetapi terpaksa ditolak kerana masih berstatus isteri orang.


Menurutnya, dia kemudian dimaklumkan keluarga terbabit bahawa anak perempuannya memberitahu sudah diceraikan suaminya, tetapi dakwaan itu tidak benar.


“Anak perempuan saya ini memang licik dan sekarang tinggal serumah dengan lelaki itu di Sungai Udang hingga gagal dikesan walaupun beberapa kali ditangkap Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), tetapi masih tidak insaf.


“Sejak kali terakhir ditangkap khalwat dengan lelaki itu awal tahun ini, kelibat anak saya itu gagal dikesan, namun berharap dia kembali ke pangkal jalan dan bertaubat terhadap perbuatan dilakukannya.



“Saya juga merayu pada Jaim supaya membantu membawa anak saya kembali semula ke pangkuan keluarga,” katanya.  via Harian Metro.






**Ada juga perempuan macam ni. Ingatkan lelaki je yang buat, perempuan pun ada. Dunia dunia.

[Berita] Saya boleh lemas ibu ?




PASIR MAS:  “Apabila saya larang dia bermain dekat perigi, dia bertanya saya sama ada dia boleh lemas atau tidak jika terjatuh ke dalamnya,” kata Umi Kalsom Ahmad, 31, mengimbas perbualan dengan anaknya, Mohd Aiman Arif Mohd Pelle, 6, sebelum kanak-kanak berkenaan ditemui lemas bersama dua pupunya berusia lima tahun di perigi terbabit, kelmarin.
Umi Kalsom berkata, dia melarang Aiman ke situ kerana perigi sedalam tiga meter di Kampung Tok Perah, Tok Uban itu bahaya disebabkan tiada penghadang, tetapi akhirnya anak dan anak saudaranya, Danny Haizat Che Musa, ditemui lemas di dalamnya.

Mayat kedua-dua mereka ditemui jam 11.30 pagi oleh bapa saudara Danny yang hendak mandi di perigi tanah liat terbabit berikutan masalah bekalan air di kampung berkenaan sejak sebulan lalu.

Umi Kalsom berkata, pada jam 9.30 pagi kelmarin, anak kedua daripada tiga beradik itu meminta 50 sen untuk membeli aiskrim dan memberitahu dia mahu bermain dengan Danny.

“Sebelum dia keluar, saya berpesan jangan bermain jauh dan jangan ke perigi itu, tapi saya tak sangka ini terjadi kepadanya dan Danny,” katanya sambil menambah anaknya tidak pernah ke perigi itu yang terletak 400 meter dari rumahnya.

Dia berkata, ketika melihat beberapa penduduk kampung datang ke rumahnya dan bertanya sama ada Mohd Aiman ada di rumah kerana ada kanak-kanak lemas di perigi itu, hatinya berdegup kencang.


“Apabila ke sana dan melihat selipar dan aiskrim dalam beg plastik yang disangkut pada pokok, hancur luluh hati saya kerana saya tahu itu anak saya,” katanya.

Sementara itu, ibu Danny, Jabidah Ismail, 47, berkata dia menyangka anak bongsunya itu keluar bersama suaminya, Che Musa Hamzah, 51.



“Saya tak sangka ini yang terjadi kepada kedua-dua mereka,” katanya.
Dia berkata, seorang saudaranya yang hendak mandi di perigi terbabit terkejut apabila melihat mayat kanak-kanak terapung di dalamnya.

“Dia terjun ke dalam perigi berkenaan dan cuba menyelamatkan mereka, tapi gagal dan tak sangka kedua-dua kanak-kanak itu saudaranya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Haliluddin Rahim ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

Kedua-dua kanak-kanak terbabit dikeluarkan penduduk kampung sebelum jenazah mereka dihantar ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bedah siasat.







***Kanak-kanak, walau bagaimana pun kita pesan, dia akan buat juga. Sememangnya kita kena beri perhatian pada mereka. Kalau dah ajal, redha sahaja lah.

[Berita] Melahirkan kembar 3 pada umur 66 tahun






INDIA: Seorang wanita berusia 66 tahun, Bhateri Devi akhirnya melahirkan dua bayi lelaki dan seorang perempuan selepas gagal memperoleh zuriat setelah 44 tahun berkahwin.
Suaminya, Deva Singh, 64, gembira kerana Bhateri sudah menunaikan impiannya untuk mendapat anak.

“Bhateri isteri pertama saya dan selepas gagal memberikan zuriat, saya berkahwin lagi tetapi isteri baru saya juga tidak dapat melahirkan anak,” katanya.


Devi dari daerah Madina di Rohtak, utara India menjalani kaedah rawatan IVF di Pusat Kesuburan Kebangsaan di Hisar, klinik yang sama di mana
Rajo Devi Lohan, ibu tertua di dunia melahirkan anak pada usia 70 tahun 18 bulan lalu. “Bhateri gembira menjadi ibu buat kali pertama selepas hamil pada percubaan kali ketiga,” kata Dr Anurag Bishnoi. - Agensi.    via Harian Metro.





**Kalau dah rezeki, memang bertuah. Sekali dapat, kembar 3. Hebat !

Thursday, June 10, 2010

[Fakta] Dan Rahsia Tentang Ketawa dan Senyum



From Google

Siapa boleh buat senyuman paling menawan dari kambing diatas ? Siapa boleh buat, sila email kepada saya ye. Haha. Haihh, comel betul kambing ni senyum. teringat jiran India aku dulu. Hehe.

Siapa lah yang tak suka senyum kan ? Malah senyuman itu satu anugerah yang paling cantik sekali. Tapi jangan lah senyum sampai camni.

From Google.

Hahaha. Mana satu yang lagi comel ? Hui hui. Nak terkentut aku tengok gambar ni. Okay okay. Dah puas gelak ? Bagus, sekarang aku nak sambung dengan fakta-fakta dan rahsia-rahsia senyuman/ketawa ni. :)

1.    Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2.    Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3.    Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4.    Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5.    Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6.    Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7.    Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8.    Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9.    Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10.    enyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11.    Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12.    Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13.    Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14.    Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15.    Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”. Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Sunday, June 06, 2010

[Info] Cause of Diarrhoea

Hari ini aku nak beri satu info berkenaan Diarrhoea ataupun lebih dikenali sebagai Cirit Birit. Apakah ? Kenapa tiba tiba aku nak buat entry pasal ni ?


Sebabnya, sekarang ni aku tengah mengalami cirit birit tahap 4. Masih dalam keadaan baik. Tetapi tak cukup tenang sangat, sebab hari ini je aku dah pegi buang air besar sebanyak 4 ke 5 kali kot. Tak ingat.


Seksa lah. Penat ulang alik pegi tandas. Adoi. Kalau straight seminggu, boleh kurus aku camni. Haha. Tapi aku rasa aku makan makanan yang elok dan air yang elok je. Semua bersih. Haih. Minggu lepas susah buang air besar, ni cirit birit pulak. Adoipiyai.


Takpe lah, kejap lagi nak pegi beli Pil Chi Kit Teck Aun la. Tak tahan aku camni.




via e-farmasi.

Gejala - gejala

v Peningkatan kekerapan membuang air besar.
v Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan
    abdomen.

v Terdapat angin atau kentut yang melampau.
v Kehilangan selera makan.
v Adakalanya demam.
v Adakalanya terasa mual dan muntah.
v Sakit otot.

Komplikasi

Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.
Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
v Kehilangan 5-10% berat badan.
v Gelisah dan mudah tersinggung.
v Mata terbenam.
v Ketidakhadiran air mata.
v Mengalami kekeringan mulut dan lidah.
v Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
v Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.


Pada dehidrasi yang teruk, pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-

v Kehilangan lebih dari 10% berat badan. 
v Keletihan dan mungkin hilang sedar.
v Mata adalah terlalu terbenam.
v Ketidakhadiran airmata.
v Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
v Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
v Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil
     beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali. 

v Kekurangan jumlah air kencing.

Punca-punca cirit-birit

v Meminum air yang tercemar.
v Memakan makanan yang tercemar.
v intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
v Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.


Punca-punca kronik

Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti : 


v Penyakit  gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
v Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
v Penyakit-penyakit usus. 
v Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-
     jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa 

v Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
v Kecacatan penyerapan
v Selepas pembedahan
v Fistula dalaman
v Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
v Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
v Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
v Kanser
v Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik.
v Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
v Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu
    dan salur gastrousus.

v Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tract
     condition, appendicitis etc.

v Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
v Organic neurological diseases –e.g. intracranial disease. 

Apa yang dapat dilakukan oleh anda

Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.

v
 Minum banyak air.
v Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
v Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
v Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau
     pisang yang dimasak.

v Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk
    dihadam.

v Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding
    dengan doktor anda.

v Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda. 


Bayi

v Teruskan penyusuan bayi.
v Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral
    selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.

v Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
v Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
v 
Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah, atau jika terdapat  gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis.

Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan

v
 Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan
     mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dll.

v Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral.
v Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan
     tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan
     organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.

v Ingatlah bahawa walaupun cirit-birt dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia
     tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.

v Tabiat kebersihan makanan yang baik.
v Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum
     menyediakan dan mengendalikan makanan.

v Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas.
v Sediakan makanan di kawasan yang bersih. 
v Tudungkan makanan yang telah dimasak.
v Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang
     telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.

v Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.