Thursday, April 29, 2010

[Berita] Kena sembelih pulak dah



Apa kes ? Kes apa ? Kes orang kena kerat 6. Amboi, violentnya. Dia nak jadi macam kes Mona Fendi dulu ke ? Gila grindcore. Dasyat betul manusia sekarang ni. Membunuh tanpa rasa takut kepada keadilan. Oh Dunia.


Sedutan dari Metro.


JOHOR BAHRU: “Jantung saya bagaikan tercabut apabila menemui bungkusan plastik hitam berisi kepala manusia,” kata pekerja syarikat kontraktor mengangkut sampah yang tidak menyangka rutin mengasingkan bahan buangan sejak beberapa tahun membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki bogel dikerat enam.


Lelaki belum dikenal pasti identitinya yang diceraikan kepala, badan, dua tangan dan dua kaki sebelum disumbat dalam tiga beg plastik sampah, ditemui di pusat pengumpulan sampah di Jalan Bakti, Kawasan Perindustrian Dato’ Onn, Larkin di sini, kira-kira jam 11.50 pagi semalam.


Difahamkan, anggota badan mangsa dicampak ke dalam tong sampah besar di sebuah kompleks beli-belah di Taman Perling di sini, sebelum diangkut ke pusat pengumpulan sampah berkenaan. Pekerja yang mahu dikenali sebagai Kumar, 40-an, berkata mayat itu ditemui ketika dia bersama empat rakan sedang mengasingkan sampah di pusat pengumpulan sampah berkenaan.


Menceritakan pengalaman menakutkan itu, Kumar berkata, dia bertugas seperti biasa ketika membuka timbunan plastik sampah yang dibawa sebuah lori sebelum mendapati sebuah beg plastik mengandungi sesuatu yang keras dan lebih berat berbanding bahan buangan lain.


“Sebaik membuka beg plastik itu, saya nampak seolah-olah kepala patung. Bila diperiksa dengan betul baru saya sedar ia kepala manusia. “Pengalaman pagi tadi (semalam) cukup mengerikan dan mengakibatkan saya trauma kerana tak sangka bungkusan itu mengandungi kepala lelaki berkulit cerah.


“Saya menggigil ketakutan tapi tetap beranikan diri memberitahu pengurus bertugas sebelum pemilik pusat pengumpulan sampah melaporkannya kepada polis,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata beg plastik mengandungi anggota badan manusia yang dikerat itu diambil daripada tong sampah sebuah pusat beli-belah di Taman Perling, kira-kira jam 11.15 pagi. “Hasil siasatan mendapati 80 peratus daripada tubuh mangsa masih lengkap. Selain kepala, kami menemui baki badan lelaki berkenaan dalam dua lagi beg plastik hitam,” katanya.


Menurutnya, mayat lelaki itu berkemungkinan warga asing berdasarkan keadaan fizikalnya.
Katanya, mayat berkenaan dihantar ke hospital untuk siasatan lanjut dan pihaknya percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke tempat pembuangan sampah di belakang pusat beli-belah berkenaan.


“Siasatan mendapati lelaki terbabit berusia 20-an, berkulit cerah dan mungkin dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.
“Kami masih berusaha mengenal pasti lelaki terbabit kerana tiada sebarang dokumen ditemui di tempat pembuangan sampah berkenaan.


“Kami juga akan menjalankan siasatan lanjut termasuk pergi ke kawasan pembuangan sampah di Perling untuk melihat sama ada terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sekitarnya bagi mengenal pasti identiti mangsa dan penjenayah yang terbabit,” katanya.


Note : Dunia Oh dunia. ada lagi ke manusia macam ni ?

Wednesday, April 28, 2010

[Panas] Aksi Ganas. 18SG

Anda berani, buat macam ni ? Clip dari Caliban's Groezrock 2010.


Please Stop Smoking


Haa. Nampak tu ? Pakcik tu dah marah. Korang ni, tak nak berhenti merokok ke ? Ceh, paku dulang paku serpih, suruh orang dia yang lebih. Aku pun sama, kena berhenti merokok. Tapi, susah la. Rokok ni dah macam dadah bagi aku. Memang susah nak berhenti. Apatah lagi kurangkan. Haihh.

Nak kata aku tak cuba, dah cuba kot. Tapi susah jugak. Ye la, niat tak betul lagi kot. Sebab tu susah nak berhenti. Sambil sambil carik artikel untuk tulis entry ni, aku terjumpa salah satu cara nak berhenti merokok. Boleh kot cuba cara ni. Artikel dari Sireh Dan Cengkeh.

1. Selalu Berpuasa.
Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Apabila berpuasa, kita tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam, jika kita selalu berpuasa, kita tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah. Amalan ini boleh juga diamalkan oleh mereka yang bukan beragama Islam.
2. Berikan hadiah kepada diri sendiri.
Tetapkan satu habuan yang harus diberikan pada diri sendiri sekiranya tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok itu untuk membeli habuan yang positif untuk diri anda sendiri. Ataupun sedekahkan sahaja duit tersebut. Tentu lumayan pahala yang bakal diperolehi nanti.
3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang.
Seperti juga ibu bapa kita, tentu kita tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka dewasa kelak. Untuk mencapai matlamat ini kita haruslah menjadi contoh yang positif kepada mereka. Selalunya ibu bapa secara otomatik tidak akan merokok di hadapan anak mereka, terutama anak kecil. Tabiat meluangkan masa terluang dengan anak-anak ini secara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok disambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.
4. Aktif bersukan.
Individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri.
5. Sibukkan diri dengan kerja amal dan sukarela.
Kita selalu lupa dan tidak bersyukur betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik. Kita seharusnya mengambil iktibar dari mereka yang dijadikan tidak sempurna atau berpenyakit yang merbahaya. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita.
So, korang rasa korang boleh ? Bukan korang, tapi tu haa. Yang tengah hisap rokok tu. Haha. Takpe, nanti kita cuba bersama ya.